BUMI MESIR BERDARAH LAGI
Assalamu`alaikum
Assalamu`alaikum
Semoga
anda dan semua pengunjung blog ini beroleh kesihatan yang baik dan
sentiasa berada dalam lindungan-Nya. Aamiin.. Sejak beberapa hari ini
kita dihidangkan dengan berita-berita tentang pergolakan yang berlaku di
bumi Mesir. Ianya sekarang semakin meruncing dan amat membimbangkan.
Ramai yang tercedera dan terkorban. Setelah beberapa tahun dilanda
krisis, keadaan di Mesir nampaknya seolah-olah tiada kesudahan.
Pergolakan dan rusuhan secara besar-besaran masih berlaku sehingga
sekarang.
Suatu ketika dahulu, saya pernah menyimpan hasrat untuk ke bumi Mesir setelah membaca dan menghayati sebuah novel yang sangat laris di pasaran ketika itu. Novel tersebut bertajuk "Ayat-Ayat Cinta", sebuah novel pembangunan jiwa berbentuk islamik sebenarnya, yang ditulis oleh saudara Habiburrahman El-Shirazy, Novelis Sarjana Al-Azhar University Cairo. Saya juga banyak mempelajari istilah-istilah bahasa arab setelah membaca novel ini. Apa yang digambarkan oleh Penulis melalui penyampaiannya, saya rasa sangat hidup seolah-olah ianya memang betul-betul terjadi. Tempat-tempat yang disebut juga amat menarik untuk dikunjungi. Teringin sangat berkunjung ke University Al-Azhar, Cairo, Alexandria, menginap di Hotel San Stefano, menikmati ketenangan dan keindahan Sungai Nil, berziarah ke makam Luqman Al-Hakim yang berdampingan dengan Makam Nabi Daniyal. Ingin juga berada di gua bawah tanah Masjid Nabi Daniyal dan banyak lagi tempat-tempat menarik yang telah digambarkan menarik untuk dikunjungi di dalam novel ini. Kini, ianya hanyalah sebagai impian yang tidak kesampaian dan mungkin hasrat tersebut akan terkubur begitu saja.
Namun, apa yang penting ketika ini, pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut di sana telah berjaya dibawa pulang secara beransur-ansur mulai semalam, Alhamdulillah. Tahniah diucapkan kepada kerajaan Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, pihak syarikat Penerbangan dan semua yang terlibat dalam usaha mereka untuk menyelamatkan para pelajar dan rakyat Malaysia yang bertugas di sana.
Al-Fatihah kepada semua yang terkorban
Semoga Allah SWT sentiasa membantu dan melindungi muslimin dan muslimat di Mesir. Segera hendaknya beroleh kedamaian dan keamanan. Sama-samalah juga kita berdoa agar Presiden Mursi di kembalikan ke tampuk pemerintahan Mesir dan Allah Yang Maha Berkuasa menghapuskan semua musuh-musuhnya yang bersekongkol dengan syaitan. Aamiin..Ya Rabbal `Alamin...





the 10 best poker sites in the world - TitaniumArts
ReplyDeleteThe 10 Best Poker Sites · Wild titanium bikes Poker · Caesars Casino · titanium blue Pinnacle · Pinnacle · PlayOJO · titanium white Slots.io · PlayOJO · head titanium tennis racket Sloto ti 89 titanium calculator Cash · PokerStars
bc519 replica bags,funhandbags.ru,replica YSL,replica CHANEL,replica CHANEL,fake bags,fake bags,replica CHANEL,chanelhandbagsale lq763
ReplyDelete