Suatu aspek yang tidak dapat diabaikan dalam rangka "taqarrub" di samping zikir ialah doa, iaitu seruan, permohonan atau permintaan yang semata-mata ditujukan kepada Allah s.w.a. dalam pelbagai hajat dan keperluan.
Dari Nu`man bin Basyir, dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. bahawa doa itu adalah ibadah. Sementara dalam hadis riwayat Anas r.a. dijelaskan bahawa doa itu adalah "sumsum" ibadah. Dengan demikian jelaslah bahawa doa itu tidak dapat dilepaskan daripada ibadah.
Hamba hamba Allah yang lemah dan faqir dari bawah memerlukan pertolongan nya dari atas, maka Allah yang Maha Tinggi dan Maha Kaya menyediakan segala macam perbendaharaan rahmat dan nikmat yang dicucurkannya kepada sesiapa yang meminta, memohon dan menyeru kepadanya dengan segala tadarru` sesuai dengan peraturan yang digariskan dalam Al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w.
Betapa tingginya nilai dan peranan doa itu juga telah ditegaskan Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:- "Tiada satu pun (amal hati) yang lebih mulia menurut pandangan Allah selain daripada doa."
Antara firman Allah yang berkaitan dengan doa atau permohonan:-
1) "Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan rendah hati dan suara yang lembut. Sungguh, Dia tidak menyukai orang2 yang melampai batas." (Al-`Araf ayat 55)
2) "Maka ingatlah kepada ku, aku akan ingat kepada mu. Bersyukurlah kepada ku, dan janganlah kamu ingkar kepada ku." (Al-Baqarah ayat 152)
3) "Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa, apabila dia berdoa kepada ku." (Al-Baqarah ayat 186)

No comments:
Post a Comment