Pages

Tuesday, April 16, 2013

MAYAT TIDAK REPUT

Assalamu`alaikum semua pembaca yang budiman. Moga semuanya berada dalam rahmat Allah.. Aamin.
Agak lama juga saya tidak menulis di blog ni. Alhamdulillah, kesibukan urusan dunia saya waktu ini semakin berkurangan, namun tidak melupakan urusan akhirat.. In sha ALLAH.. Samada ada pembaca ataupun tidak di blog saya ni, saya akan terus menulis sekadar yang mampu untuk berkongsi ataupun sekadar menyebarkan sedikit ilmu yang dipinjamkan sementara kepada saya. Saya tidak lupa dengan ungkapan ini, "sampaikanlah walaupun satu ayat". Jika ada yang membaca tulisan saya dan ianya bermanfaat bagi anda semua, alhamdulillah.. Saya menghargai masa singgah anda di sini. Terima kasih daun keladi, ada masa singgahlah lagi.. :-)
Saya baru saja selesai membaca sebuah kisah yang diceritakan dalam Majalah Mastika Mei 2013. Sangat menarik kisah ni, mengenai mayat Imam tidak reput walaupun telah disemadikan beberapa tahun yang lalu. Telah diceritakan juga oleh saudara Kadir Dolah (Penggali kubur) kepada wartawan Mastika, bahawa tanah perkuburannya berbau wangi, mempunyai cahaya dan apabila diselidiki lagi, mayat tersebut berbantalkan senaskah al-Quran. Allahuakbar! Itulah bukti bahawa sesiapa yang menghafal al-Quran atau sentiasa berdamping dengan (membaca) al-Quran, ALLAH akan memelihara jasadnya daripada hancur. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 237 : "Dan (ingatlah) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan".
 
Sama-samalah kita mengambil pengajaran daripada kisah tersebut dan sentiasalah kita membersih dan merawat jiwa dengan selalu berdialog dengan ALLAH SWT di keheningan malam, berzikir dan bermunajat. Selamat Beramal ye.. 
Wassalam.
 

No comments:

Post a Comment