Pages

Monday, August 19, 2013

SINAR RAMADHAN DI AIDILFITRI


Assalamualaikum semua...

Masih belum terlambat saya mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada pengunjung budiman, walaupun telah beberapa hari berlalunya Syawal yang mulia. Di samping meraikan hari kemenangan setelah sebulan kita berpuasa, kekallah hendaknya kita dalam melakukan segala amal ibadah dan sedekah jariah yang telah kita lakukan di sepanjang Ramadhan yang lalu.

Pastinya cahaya amalan dan ibadah yang telah kita lakukan pada Ramadhan tempohari berjaya melembutkan hati dan menguatkan jiwa kita untuk terus istiqamah dalam melakukan kebaikan. Dan berterusan berusaha untuk mendapatkan redha Allah dalam kehidupan kita yang sementara ini. Saya mengingatkan diri saya juga, "Allah pelindung bagi orang yang beriman. Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan kepada cahaya." [Al-Baqarah : 257]. Memang bukan mudah untuk kita cekal dan kuatkan hati dari melakukan perkara-perkara yang salah kerana telah terbiasa melakukannya tetapi berusahalah, dibantu dengan doa dan munajat agar diri kita terhindar dari melakukan maksiat dan kemungkaran. Sentiasa ada rasa insaf dan beristighfar memohon keampunan dari Allah SWT dan ingatlah akan azab dan siksaan dari Allah Yang Maha Esa.

Kita juga harus ingat bahawa semua perbuatan kita hendaklah dilakukan berserta doa, kerana "doa" adalah senjata bagi orang mukmin. Dengan itu, Allah Yang Maha Pengasih akan sentiasa dekat untuk membantu kita. Andai lidah atau hati kita amat payah untuk memohon atau berdoa, jangan pula kita marah jika hidup sentiasa dilingkari kesukaran, kesusahan, kesulitan dan kesakitan. Peringatan ini untuk diri saya juga sebenarnya. Sama-sama kita amalkan doa ini setiap kali selepas solat. "Ya Allah.. bantulah kami untuk mengingati-Mu, bersyukur kepada-Mu, dan mengelokkan ibadah kepada-Mu."

Semoga perkongsian ini bermanfaat sebagai peringatan bersama.

Wassalam.

1 comment:

  1. Permisi admin

    numpang promo yah bos
    Berjudi di dewalotto menang terus dengan jackpot jutaan rupiah setiap hari
    bagi yang bingung main judi kalah terus yuk di coba d sini :

    www.dewalotto.club

    sillahkan di coba Keberuntungan nya bos dalam bermain di dewalotto.club
    Dengan min DP 20rb & WD 20rb bos bisa memenangkan permainan Chip Rupiah Asli loh !

    Untuk Info selengkapnya Hubungi kami di :

    WHATSAPP : ( +855 69312579 ) 24 JAM ONLINE

    ReplyDelete