Assalamu`alaikum
Semoga anda yang sedang membaca artikel ini, berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dilimpahi rahmat Allah SWT. Aamiin. Saya ingin berkongsi dengan anda bahan bacaan yang saya baca, yang boleh dijadikan sebagai panduan dan pengajaran di dalam kehidupan, in syaa Allah.
Ketika menceritakan pengalamannya membangunkan perniagaan kosmetik, Dato` Azlina Haji Che Abdullah memberitahu bahawa zakat merupakan antara faktor yang membantunya bergerak maju dalam perniagaan.
Katanya, "Saya berasal daripada keluarga miskin dan ibu saya adalah antara penerima
zakat. Saya merasa sedih dan terfikir, kalaulah saya berpeluang untuk membayar zakat.
Situasi yang dialami keluarga saya dulu, banyak menimbulkan kesedaran dan keinginan untuk saya
membayar zakat. Sejak itu, saya berazam untuk membayar zakat dan mengubah nasib keluarga
saya," jelas Dato` Azlina sedikit emosional.
Ceritanya lagi, beliau mula membayar zakat pada tahun 2004 selepas
perniagaannya mula jatuh. "Ketika itu, barulah saya terfikir mengenai zakat yang tidak saya
tunaikan. Saya salahkan diri saya sendiri kerana jahil tentang zakat. Atas kesedaran
tersebut, saya mula membayar zakat dan alhamdulillah, setahun kemudian perniagaan saya mula
menunjukkan kemajuan," ujar wanita gigih ini.
Selain itu, hasil daripada
pengalamannya bergiat dalam dunia usahawan, beliau memberi tips dan petua kejayaan dalam
perniagaannya.
1. Solat dan Doa
Solat merupakan tiang agama. Apa jua pekerjaan yang dilakukan, kita
mestilah mengutamakan solat. "Jangan jumpa tok bomoh untuk mendapatkan ayat-ayat pelaris. Semua itu adalah syirik. Kita cuma
perlu menjaga solat dan sentiasa berdoa agar Allah SWT melimpahkan rezeki kita," nasihatnya.
2. Sentiasa Dalam Restu
Restu
ibu bagi si anak dan restu suami bagi si
isteri. Menurut beliau, setiap pekerjaan yang kita lakukan mestilah
mendapat restu daripada kedua-dua pihak supaya hidup dan pekerjaan yang
dilakukan akan diberkati.
3. Sentiasa Bersedekah
Banyak
atau sedikit bukan ukurannya, tetapi tahap keikhlasan yang ditagih.
Menurut Dato` Azlina, Allah menyelamatkan kita daripada segala musibah
jika kita bersedekah. Beliau yang juga mengamalkan sedekah dalam
kehidupannya turut berkongsi hadis tentang fadhilat bersedekah: "Tiada
berkurang harta yang disedekahkan, kecuali bertambah." [Riwayat
at-Termizi]
4. Berusaha Bersungguh Sungguh
Dato`
Azlina turut menasihatkan supaya membuang segala sifat negatif dan
menggantikannya dengan sifat positif. "Kejayaan saya hari ini ialah atas
usaha gigih saya di samping mengamalkan perintah Allah SWT," tegas
beliau.
5. Tabah Dan Istiqamah
Ketabahan
hati adalah penawar kepada jatuh bangunnya dalam dunia perniagaan,
lebih-lebih lagi pada awal pembabitannya. "Ketika miskin dulu, saya
selalu diejek dan dihina.
Sekarang apabila ada sedikit harta, orang masih
lagi mengejek dan melontarkan tohmahan,"
katanya sedikit hiba. Ketika dirundum perasaan
pilu akibat diejek, usahawan ini menjadikan
firman Allah ini sebagai pengubat hatinya: "Kerana sesungguhnya sesudah
kesulitan itu ada kemudahan.
Sesungguhnya sesudah
kesulitan itu ada kemudahan." [al-Insyirah : 5-6]
6. Tidak Putus Asa
Bermula
dengan hanya menjual kuih pada tahun 1987, wanita cekal ini melakukan
banyak pekerjaan sebelum memulakan perniagaannya sekitar tahun 1994.
Dalam tempoh itu, banyak
masalah dan cabaran yang terpaksa beliau
harungi. Atas sikap tidak mengenal putus asa,
beliau kini dikenali sebagai usahawan wanita
berjaya sehingga dinobatkan sebagai "Wanita Ikon
2008" anjuran sebuah majalah. Firman Allah
SWT: "Dan janganlah kamu berputus asa
daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat
Allah melainkan kaum yang kafir." [Yusof : 67]
Perkongsian ini adalah dari Majalah Anis : Isu 161. Semoga bermanfaat dan sama-sama kita mengambil pengajaran dari kisah beliau.
Perkongsian ini adalah dari Majalah Anis : Isu 161. Semoga bermanfaat dan sama-sama kita mengambil pengajaran dari kisah beliau.
Firman Allah SWT; "Dirikanlah solat dan tunaikan zakat dan rukuklah beserta orang yang rukuk." [al-Baqarah : 43]
Wassalam.


No comments:
Post a Comment