Pages

Saturday, August 31, 2013

BEST WISHES FOR YOU





Sayangku...
Selamat Hari Lahir
Ku ucapkan buatmu...
Semoga dipanjangkan umur
Diberikan kesihatan yang baik
Dan ditambahkan rezeki...
Dengan bertambahnya usiamu
Moga dirimu lebih lama lagi
Dapat beramal dan mentaati-Nya
Jadikanlah kehidupan ini sebagai ladang
Agar di akhirat dapat mengutip hasilnya

Ya Allah, tambahkanlah amalan dia
Di saat bertambahnya usia
Jadikanlah cahaya-Mu yang bersinar
Menyinari jalannya menuju redha-Mu
Berkatilah dirinya dengan segala
Nikmat-Mu buat dia...
Aamiin... Ya Rabbal `Alamin...

Rasulullah s.a.w. telah didatangi oleh seorang sahabat dan bertanya; "Wahai Rasulullah, manusia mana yang dikatakan baik?" Beliau menjawab, "Yang panjang umurnya namun baik amalnya." "Lalu, manusia mana yang dikatakan jelek (buruk)?", tanya sahabat lagi. Rasulullah s.a.w. menjawab, "Yang panjang umurnya namun jelek (buruk) amalnya." [Hadist Riwayat at-Tirmidzi]

Thursday, August 29, 2013

BERJAYA DENGAN REDHA IBUBAPA




Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa”. Jika kita mengalami kehidupan yang sempit lagi serba tak menjadi, hendaklah diperhatikan hubungan kita dengan ibubapa. Ini kerana seorang anak yang berada di bawah keredhaan ibubapanya, kehidupannya akan menjadi lapang lagi mudah, hasil daripada keredhaan Allah s.w.t. kepadanya. Sebaliknya seorang anak yang berada di bawah kemurkaan ibubapanya, kehidupannya akan menjadi sempit dan serba tak menjadi, disebabkan kemurkaan Allah kepadanya. 

 

BERSYUKUR ATAS NIKMAT ALLAH

Assalamu`alaikum...
Semoga sentiasa beroleh ketenangan dan kesihatan yang baik.. Aamiin..

Kali ni saya ingin berkongsi cerita yang telah lama menjadi sejarah sejak zaman Rasulullah s.a.w. lagi. Saya yakin dan percaya ramai di antara pembaca memang sudah mengetahui tentang sebuah kisah yang akan saya sampaikan ini. Semoga ianya dapat dijadikan sebagai peringatan dan pengajaran.

Sebenarnya, kisah-kisah "Ibrah Sejarah" begini ("ibrah" bermaksud pengajaran) saya suka menyampaikannya kepada anak-anak murid saya. Semoga mereka mendapat pengajaran dari apa yang saya sampaikan, in syaa Allah. Selepas ini, bolehlah anda pula bercerita atau menyampaikannya kepada anak-anak atau kepada sesiapa sahaja..

"Setiap kali setelah selesai solat berjemaah, Rasulullah s.a.w. melihat Tsa`labah bin Hathib, seorang fakir, tergesa-gesa keluar dari masjid tanpa berdoa. Baginda pun bertanya, "Apa yang menyebabkan kamu terburu-buru keluar wahai Tsa`labah?" Jawab Tsa`labah, "Ya Rasulullah, kain yang ku pakai ini akan dipakai pula oleh isteriku untuk solat di rumah. Jika aku ada kain sendiri, tentulah aku akan tenang dan lebih kusyuk beribadah. Ya Rasulullah, berdoalah kepada ALLAH, agar DIA memberi rezeki kepadaku."

Rasulullah s.a.w. kemudian menjawab, "Wahai Tsa`labah, pemberian yang sedikit namun kau syukuri, jauh lebih baik daripada yang banyak tidak dapat kau syukuri. Apakah engkau tidak rela menjadi seperti Nabi ALLAH? Demi zat yang jiwaku berada di tangan-NYA, seandainya aku mahu gunung-gunung ini menjadi emas dan menjadi milikku, pasti akan terjadi." Tsa`labah berkata, "Demi ALLAH... seandainya engkau mahu memohon kepada ALLAH untukku, kemudian DIA memberi rezeki dan harta benda kepadaku, sungguh aku akan bersedekah."

Akhirnya Rasulullah s.a.w. pun mendoakannya. Permohonan Baginda diperkenankan TUHAN. Tsa`labah memiliki sepasang biri-biri. Setiap hari biri-biri itu diuruskan dengan tekun sehingga biri-biri itu pun beranak pinak dan semakin membiak. Betapa bahagianya Tsa`labah melihat ternakannya. Dia sering menggembala biri-birinya di bukit-bukit di luar kota Madinah.

Tsa`labah akhirnya disibukkan oleh pekerjaan tersebut sehingga tidak sempat lagi mengikuti solat berjemaah. Bahkan ketika biri-birinya semakin berkembang biak, dia juga tidak sempat menunaikan solat lima waktu kecuali pada hari Jumaat.

Suatu waktu, Rasulullah s.a.w. bertemu para peniaga yang sering pergi ke luar kota Madinah untuk menanyakan keadaan Tsa`labah. Adakah kamu melihat Tsa`labah? Apakah yang dikerjakan oleh Tsa`labah selama ini?" Mereka pun menceritakan tentang keadaan Tsa`labah. Rasulullah s.a.w. terkejut dan berkata, "Tsa`labah, pada waktu susah engkau rajin beribadat tetapi setelah harta melimpah, engkau lupa." Ketika itu, turunlah ayat yang memberi perintah untuk bersedekah. "Ambillah sedekah daripada sebahagian harta mereka...." [Surah at-Taubah ayat 103].

Rasulullah s.a.w. pun mengutus dua orang sahabat dari Bani Jahniyah dan Bani Salim untuk mengambil sedekah daripada kaum muslimin. Rasulullah s.a.w. berkata kepada mereka berdua, "Datangilah Tsa`labah dan setiap orang daripada Bani Salim, kemudian ambillah sedekah daripada mereka."

Berangkatlah kedua-dua utusan itu untuk bertemu dengan Tsa`labah. Ketika tiba, mereka menyampaikan pesanan Rasulullah s.a.w. Dengan angkuh Tsa`labah berkata, "Bukankan ini hanyalah seperti ufti? Pergilah kepada orang lain dahulu, setelah itu baru engkau ke mari."

Lalu keduanya pulang dan menghadap Rasulullah s.a.w. Tatkala beliau melihat keduanya (pulang tidak membawa hasil), sebelum berbicara, beliau bersabda : "Celaka engkau, wahai Tsa'labah ! Lalu turun ayat berikut :

"Artinya : Dan diantara mereka ada yang telah berikrar kepada Allah : "Sesungguhnya jika Allah memberikan sebahagian kurniaan-Nya kepada kami, pastilah kami akan bersedekah dan pastilah kami termasuk orang-orang yang solih. Maka setelah Allah memberikan kepada mereka sebahagian dari kurniaan-Nya, mereka kikir (kedekut) dengan kurniaan itu dan berpaling, dan mereka memanglah orang-orang yang selalu membelakangi (kebenaran)". [Surah at-Taubah : ayat 75-76].

 
Setelah ayat ini turun, Tsa'labah datang kepada Rasulullah s.a.w. dan mohon agar diterima uftinya (zakatnya). Beliau langsung menjawab : "Allah telah melarangku menerima zakatmu". Sehingga Rasulullah s.a.w. wafat, beliau tidak mahu menerima sedikitpun dari zakatnya.

Begitulah kisah Tsa`labah, sampai akhirnya ALLAH memberikan teguran kepadanya. Usahanya perlahan-lahan mengalami kerugian dan akhirnya dia jatuh miskin semula dan mati dalam keadaan kufur."  


Sesungguhnya, segala sesuatu di dunia ini hanyalah cubaan bagi seluruh umat manusia. Kesusahan dan kemudahan, kemiskinan dan kekayaan, kesakitan, harta dan ilmu, nikmat dan musibah, pada hakikatnya hanyalah ujian yang diberikan oleh Allah swt kepada para hamba-Nya. Barang siapa yang mampu bersyukur dan bersabar, maka merekalah yang niscaya termasuk dalam golongan orang-orang yang beruntung. Namun barang siapa yang kufur serta selalu mengikut nafsu dan emosi semata, maka niscaya merekalah yang berada dalam kumpulan orang-orang yang rugi.

Firman Allah yang bermaksud : "Kalau kamu bersyukur atas nikmat-nikmat-Ku, Aku akan tambah lagi nikmat-nikmat-Ku. Tetapi kalau kamu kufur nikmat, ingatlah sesungguhnya siksa-Ku amat pedih." [surah Ibrahim : ayat 7]

Semoga bermanfaat.

Wassalam.

Monday, August 26, 2013

DOA MENGHADAPI TEKANAN



 
http://www.youtube.com/watch?v=aEJzKNlrK1c

MY ENDLESS LOVE






My Love...
I`m very glad
You came into my life
Alhamdulillah...
The more I get to know you
The more I know myself
I`m so thankful
You are just yourself
Thank you Allah...
You and I are different
But in many ways the same
I promise to always be here
Forever and to the end
To share all my love with you
In Syaa Allah...
Thank you sweetheart
You are my endless love. 



ALLAH dan Malaikat-Nya turut Berselawat



       Dalam surah al-Ahzab ayat 56, Allah berfirman: “Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat kepada Nabi (Muhammad); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.”
          
    Demikianlah firman Allah. Allah memulakan ayat di atas dengan menerangkan bahawa Diri-Nya dan para malaikat-Nya berselawat kepada Nabi Muhammad. Maksud selawat Allah kepada Nabi Muhammad ialah pujian dan pengagungan Allah kepada baginda. Sementara maksud selawat para malaikat ialah mendoakan keberkatan kepada baginda. Ayat di atas dilanjutkan dengan perintah agar kita umat Islam turut berselawat dan memberi salam kepada Nabi Muhammad SAW.  

          Merujuk kepada ayat di atas, para sahabat telah bertanya kepada Rasulullah tentang bagaimana cara berselawat kepada baginda. Lalu baginda menjawab dengan mengajar cara bacaan selawat. Bacaan itu adalah apa yang selalu kita baca ketika duduk tasyahud dalam solat setiap hari. [Shahih al-Bukhari, no: 4797] Di dalamnya terkandung ucapan salam kepada Rasulullah: “Assalamu ‘alaika aiyyuhan Nabi, waRahmatullahi waBarakatuh.” Di dalamnya juga terkandung ucapan selawat kepada Rasulullah, iaitu apa yang dimulai dengan “Allahumma sholli ‘ala Muhammad…” hinggalah “…innaka hamidun majid”.
           
            Antara ganjaran yang bakal diterima ialah sebagaimana sabda baginda: “Sesiapa yang berselawat ke atasku sekali, Allah berselawat ke atasnya sepuluh kali.” [Shahih Muslim, no: 577] Dalam hadis lain: “Sesiapa dari kalangan umatku yang berselawat kepadaku dengan ikhlas dari dalam hatinya, maka dengan (selawat itu) Allah berselawat ke atasnya sepuluh kali, mengangkat baginya sepuluh darjat, mencatat baginya sepuluh kebaikan dan menghapuskan baginya sepuluh keburukan.” [Shahih al-Targhib wa al-Tarhib, no: 1659]

      Sekali pun Rasulullah sudah meninggal dunia, ucapan selawat daripada orang yang hidup tetap akan disampaikan kepada baginda. Rasulullah bersabda: “Di mana jua kalian berada, berselawatlah kepadaku kerana sesungguhnya selawat kalian sampai kepadaku.” [Shahih al-Targhib wa al-Tarhib, no: 1665] Pada ketika yang lain baginda mengingatkan: “Tidaklah seseorang mengucapkan salam kepadaku melainkan Allah mengembalikan ruhku sehingga aku menjawab salamnya.” [Shahih al-Targhib wa al-Tarhib, no: 1666] Kedua-dua hadis ini juga menunjukkan bahawa kita tidak perlu “kirim salam” kepada Rasulullah melalui saudara-mara atau rakan-rakan yang akan pergi menunaikan haji atau umrah.

          Jika orang yang berselawat mendapat ganjaran yang besar, maka orang yang enggan berselawat akan mendapat balasan yang sebaliknya. Rasulullah mengingatkan: “Orang yang kedekut ialah sesiapa yang apabila aku disebut di sisinya, dia tidak berselawat ke atasku.” [Shahih al-Targhib wa al-Tarhib, no: 1683] Baginda juga pernah bersabda: “Alangkah hinanya orang yang aku disebut di sisinya lalu dia tidak berselawat ke atasku.” [Shahih al-Targhib wa al-Tarhib, no: 1680]

                Oleh itu apabila kita mendengar atau membaca “Nabi” atau “Rasulullah”, hendaklah kita segera berselawat kepada baginda. Ucapan selawat yang ringkas ialah “shallallahu ‘alaihi wasallam” sementara yang panjang lagi terbaik ialah sebagaimana dalam bacaan tasyahud. Hendaklah kita melazimkan diri agar tidak lupa kerana sesiapa yang lupa atau mengabaikannya “…maka dia akan disimpangkan dari jalan ke syurga” [Shahih al-Targhib wa al-Tarhib, no: 1681]

SELAWAT AN NUR (link dibawah)

http://www.youtube.com/watch?v=-CCjU1wkCb4

Friday, August 23, 2013

LUAHAN BICARA CINTAku


 


Katanya, dia kini ingin berubah. Ingin menjadi seperti dahulu. Sentiasa mengingati dan mendekati Allah, sentiasa takut akan azab Allah, ingin sentiasa taat kepada Perintah Yang Esa, dan ingin menjaga batas-batas pergaulan. Dia yakin dan percaya, Allah akan lebih menjaga dan memelihara dirinya.

Walaupun sebelum ini jiwanya sering dilanda kekecewaan dan kesedihan, tetapi dirinya masih kuat. Tatkala dia merasakan dirinya kuat dan cukup bahagia dengan hidayah Allah, Allah menguji dirinya. Allah menghadirkan dirinya dengan seorang lelaki yang sama-sama saling memerlukan perhatian, belaian kasih dan cinta sejati. Mereka saling dimewahkan dengan kata-kata pujian dan kasih mesra, dengan gurindam rindu dan madah-madah cinta, yang sebelum ini tidak pernah meneroka hati dan jiwanya. Dirinya merasakan sesuatu yang indah sedang menyelubungi jiwanya yang halus. Setiap detik, dia merasakan kuntuman kasih di taman hatinya mekar dan harum semerbak. Cahaya cinta itu juga turut menyinari jalur-jalur di setiap sudut jiwanya yang sentiasa dibelai manja.

Dia yakin dan percaya cinta itu dari Allah, tetapi dia lupa itu bukan caranya. Dia alpa. Setiap saat, hatinya dilimpahi rasa rindu akan kekasih hatinya. Rindu yang teramat sangat, cinta yang teramat cinta. Sehingga akhirnya dia kalah dalam memerangi kehendak jiwanya yang ketika itu semakin lemah. Bukan dia tidak sedar sedikit demi sedikit dia sudah melangkahi batas, bukan juga dia tidak sedar bahawa ketenangan hati yang pernah dianugerahkan oleh Allah semakin menjauh. Dia menutup kesedaran itu dengan cinta yang belum pasti akan bersatu. Lemahnya dia, hinanya dia di sisi Allah yang diselimuti dengan dosa. Dia sudah jauh dari hidayah Allah. Imannya semakin rapuh.

Dia memang takut dengan dosa dan azab Allah. Ya, dia sedar tetapi separa sedar. Rasa sayang pada kekasihnya mulai melebihi segalanya. Namun, syukur kepada yang Esa, Allah masih sayangkan dia. Saat dirinya berutus cinta, menyulam kasih, dia masih melakukan solat dan tetap beramal. Dia tidak lupa akan tanggungjawabnya. Namun mungkin solatnya masih tidak sempurna, lalu robohlah benteng imannya dipukul ombak nafsu cinta sesama manusia.

Allamdullilah. Allah menurunkan hidayah kepada dirinya lagi. Di saat sama-sama saling menyepikan diri seketika pada Ramadhan yang lalu, dengan amalan dan ibadah yang dilakukan pada bulan mulia yang penuh rahmat, dirinya dilanda rasa berdosa apabila mengingati segala kesalahan dan perbuatannya yang lalu. Mengingati kembali dosa-dosa yang dilakukan, mengalir air mata kekesalan. Bercucuran air mata keinsafan. Disaksikan kegelapan malam, dia bangun untuk bersolat taubat, tahajjud dan tasbih. Menangislah dia sepuas-puasnya disaksikan oleh para Malaikat. Dia memohon petunjuk dari Allah Yang Esa. Dia ingin kembali, kembali atas nama cinta. Demi cinta Allah yang tidak pernah berpaling dari hidupnya dan bertekad untuk berubah. Namun hatinya terhadap kekasih hati sedikit pun tidak berubah, tetap cinta, kasih dan sayang kepada cintanya. Dia berdoa, biarlah mereka saling mencintai kerana Allah, menjaga hukum dan batas pergaulan seperti di awal perkenalan. Masih belum terlambat untuk dia berubah demi mendapatkan cinta dan redha Allah.


Ya... "DIA" yang dimaksudkan di atas adalah "AKU". Jauh di sudut hati ini, aku ingin berubah demi cintaku kepada Allah SWT. Cinta al-Khaliq pentadbir seluruh alam. Memang semua perkara berlaku dengan izin-Nya, tetapi bukan semua mendapat redha-Nya. Aku sedar yang aku telah terlalu jauh dan leka berada dalam pelayaran cinta. Aku terlalu mengejar cinta manusia, sehingga terlupa bahawa cinta Allah itu lebih utama. Aku harus kuat. Azamku juga harus mantap. Hidup ini sebenarnya terlalu singkat untuk kita merasa sedih dan kecewa. Meratapi apa yang telah hilang dan akan hilang. Lebih baik kita bersyukur dengan apa yang masih ada walaupun itu bukan kehendak kita, daripada mengharap sesuatu yang masih belum pasti. Andai ianya memang menjadi milik kita, pasti Allah akan tunjukkan jalan dan cara-Nya. SABAR itulah yang harus digenggam. Sabar atas sesuatu yang tidak kita ingini dan sabar menahan diri dari sesuatu yang kita inginkan. Kuatlah jiwa kerana Allah. Jangan jatuh kerana cinta manusia. Allah segala-galanya bagi kita. Dia sebaik-baik Pelindung dan Dia sebaik-baik Pemelihara. Wahai Tuhanku, aku tahu ini adalah jalan yang terbaik buat aku dan dia, maka permudahkanlah urusan kami dalam usaha untuk mendapat redha-Mu... dan berilah petunjuk-Mu agar kami dapat keluar dari situasi ini yang mencengkam jiwa. Duhai separuh hatiku di sana, jika kau merasa kecewa dan berduka, pandanglah ke sungai, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalang. Jika kau merasa sepi dalam kerinduan, pandanglah ke langit, kau akan sedar bahawa Allah sentiasa bersamamu. Telah tiba masanya untuk aku melangkah pergi. Walaupun pahit, akan ku telan jua dan aku tetap melangkah, sama seperti mu yang merindui Syurga-Nya.


Banyak benda di dalam dunia ini harus kita lepaskan bila tiba masanya, bukan sebab mengaku kalah atau berputus asa, tetapi mengejar sesuatu yang tidak pasti itu sungguh menyakitkan. Walau digenggam kuat sekalipun, andai ia bukan milik kita, akan terlepas jua, kerana memang bukan untuk kita. Walau ditolak jauh ke tepi, ia akan tetap bersama kita kerana ia memang diciptakan untuk kita. Yakinlah bahawa takdir Allah itu lebih baik dari apa yang kita inginkan dan impikan. Apabila kita redha dengan sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka percayalah, Allah akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tidak kita jangka. Kadangkala takdir kita hanya setakat dapat bertemu dan kenal, bukan bertemunya jodoh.. Jadi, redha dan pasrahlah.. Kita sebenarnya tidak sedar, hati menjadi lemah dan sakit sepanjang kita bercinta tanpa ikatan yang halal. Maka, kembalilah bertaubat dan meraih cinta-Nya. Jangan bimbang untuk berubah.. kita mungkin kehilangan sesuatu yang baik ketika ini tetapi kemungkinan juga kita akan mendapat yang lebih baik lagi selepas ini. Tiada setitis pun kebencian yang lahir di hati ini terhadapmu.. malah apa yang terbit dari awal duhulu, tetap segar tiada apa-apa yang berubah. Ku lakukan semua ini kerana aku menyayangi dirimu, agar kita terhindar dari berterusan berada di kolam dosa.  Kita berubah ye sayang... dirimu tetap hadir dalam setiap doaku, kerana kaulah satu-satunya insan yang sangat aku cinta, aku kasih dan aku rindu. Semoga dirimu sentiasa berada dalam perlindungan Allah SWT  bersama rahmat dan kasih sayang-Nya. Aamiin Ya Rabbal `Alamin.
 


Luahan Bicara Cintaku
23.08.2013

CINTA YANG HAKIKI




Di penjuru kamar yang sunyi sepi
Ku duduk bersimpuh merenung alam malam
Sungguh indah cahaya bulan dan bintang
Memancar, memberi sinar di kaca jendela
Peredaran matahari ternyata membawa hikmah
Yang memungkinkan adanya siang dan malam
Itulah rahmat dan nikmat Allah kepada hamba-Nya

Ya Allah, Engkau Yang Maha Penyayang
Engkau Yang Maha Pengampun, Maha Bijaksana
Aku bersyukur kepada-Mu Ya Rabbi
Kerana telah hilang segala yang mencengkam jiwa
Syukur ku rafakkan di kelewatan sujud ini
Izinkan aku mengungkap rasa cinta pada-Mu
Dengan terbenamnya sinar mentari di tabir senja
Berdiri aku walau belum longlai di garisan usia
Ku toleh seketika ke belakang menyingkap tabir masa
Ku lihat gumpalan dosa jelas menggunung di sana
Ya Allah.. hanya kepada-Mu ku mohon keampunan
Pada sisa-sisa usia yang masih berbaki
Masih banyak permohonanku buat-Mu
Terasa malu hingga tertunduk kelu membisu
Namun ku tahu.. Engkau Maha Pegampun
Biarpun hamba-Mu sering memungkiri janji
Dalam mentaati segala Perintah-Mu
Rahmat-Mu terus berlimpahan tanpa henti

Ya Rabbul Izzati
Ku terus memohon rahmat dari-Mu
Ketika kelam senja melabuhkan tirainya
Aku menadah tangan dalam kelesuan
Doa kudus ku persembahkan
Agar diberi peluang.. untuk ku ungkapkan cinta
Biarpun tidak sekudus cinta Rabiatul Adawiyah
Pastinya cinta suci ku ini luhur
Mohon belas kasih-Mu agar aku terus
Disayangi dalam limpahan kasih mu tanpa henti
Dalam bait-bait doa dan zikir yang ku alun
Segalanya adalah untuk-Mu
Kerana Engkaulah yang layak menerima
Cinta agung, suci dan tulus
Kukuhkanlah nurani cintaku kepada-Mu
Agar terus ku perjuangkan cinta hakiki
Yang satu... Hanya untuk-Mu  


Nukilan: Sofiahanie (Multiply)
26hb Mei 2010




TIDAK MEROKOK KERANA ALLAH




NO SMOKING! Katakan "Tidak Merokok Kerana Allah". Ketika inilah (12hb Julai 2013), di bulan Ramadhan yang mulia ini, jika ada kesedaran bagi anda Perokok yang ingin meninggalkan tabiat merokok, boleh saja.. in syaa Allah. Mohonlah diberi kekuatan agar dapat meninggalkan perbuatan yang tidak memberi faedah dan sia-sia itu. Bukan sahaja ianya boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan, malah majoriti para Ulama Islam telah memutuskan fatwa bahawa "Hukum Merokok Adalah Haram". Ma`afkan saya ye, jangan marah.. ini adalah sebagai renungan dan peringatan demi kebaikan.

Mengikut kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pula, 90% daripada kes kanser paru-paru adalah akibat merokok. Asap rokok mengandungi pelbagai bahan kimia dan sebahagian besarnya penyebab barah paru-paru. Ia bukan sahaja menyerang si-penghisap rokok itu sendiri, malah termasuk juga orang lain yang berada di sekitarnya. Ketagihan tersebut juga boleh merosakkan otak dan boleh mengakibatkan pelbagai penyakit kronik yang lain.

Di zaman Nabi, rokok memang sesuatu yang tidak ditemui, akan tetapi agama Islam telah menurunkan nash-nash yang universal, semua hal yang membahayakan diri, mencelakakan orang lain dan menghambur-hamburkan harta adalah hal yang haram.

Berikut ini dalil-dalil yang menunjukkan keharaman merokok;

1.Firman Allah: “yang menyebut agar menyuruh berbuat yang makruf dan mencegah dari yang mungkar, dan menghalalkan segala yang baik bagi mereka dan mengharamkan segala yang buruk bagi mereka.” (QS. Al A’raf: 157)

Bukankah rokok termasuk hal yang buruk, berbahaya dan berbau tidak enak? Buat yang makruf, dan cegah yang mungkar.

2.Firman Allah: “Janganlah kalian campakkan diri kalian dalam kebinasaan”. (QS. Al Baqarah: 195)

Padahal rokok akan menyebabkan orang terkena berbagai penyakit berbahaya seperti kanser paru-paru dan TBC.

3.Firman Allah: “Dan janganlah kalian melakukan perbuatan bunuh diri” (QS. An Nisa: 29)

Padahal merokok merupakan usaha untuk membunuh diri secara pelan-pelan.

4.Ketika menjelaskan tentang khamr dan judi, Allah berfirman: “Dan dosa keduanya (khamr dan judi) lebih besar daripada manfaat dua hal tersebut.” (QS. Al Baqarah: 219)

Demikian pula dengan rokok, bahaya yang ditimbulkannya lebih besar daripada manfaatnya, bahkan rokok sedikitpun tidak mendatangkan kebaikan.

5. Sabda Nabi shollallaahu ‘alaihi wa sallam: “Barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka janganlah ia mengganggu tetangganya.” (HR. Bukhari)

Bau asap rokok yang tidak menyenangkan, melekat pada pakaian dan rambut perokok dan hal ini sangat mengganggu isteri, anak-anak dan jiran tetangga, terutama malaikat dan orang-orang yang solat di masjid.

Telah jelas kepada kita bahwa merokok merupakan perbuatan yang tidak memberi faedah dan juga satu bentuk pembaziran.

Sama-samalah direnungkan dan bertindak untuk berubah demi kebaikan diri sendiri dan juga keluarga.

Semoga perkongsian ilmu yang sedikit ini dapat memberi manfaat kepada semua terutamanya kepada yang ingin berubah. Sampaikanlah kepada mereka yang anda sayang
i.

Catitan: Aktikel ini dari facebook Primadona Series 12/7/2013.


 

MAKAN BUAH SEBELUM MAKAN


Makan buah segar semasa perut kosong... 

 
Kita SELALU buat perkara ni, dan sebenarnya boleh menyebabkan KANSER!! Iaitu, makan buah selepas makan.

Satu perkongsian yang dapat menyelamatkan ramai insan di sekeliling kita...

Dr. Stephen memperlakukan pesakit Cancer dengan cara yang "un-ortodoks" & banyak pesakitnya Sembuh! Ia percaya pada penyembuhan alami dalam tubuh terhadap penyakit. Ubat untuk Cancer sudah ditemui! Anda percaya? Saya berdukacita bagi pesakit cancer yang meninggal dunia di bawah rawatan konvensional. Pesakit cancer tidak seharusnya mati !
 
Menurut DR. Shu, 3 generasi Sinshe di Taiwan: Makan buah segar dan caranya. Ini sangat informatif! Umumnya, makan buah berarti membeli buah, cuci, memotongnya & masukkan ke dalam mulut kita... Tapi tidak semudah yang kita fikirkan! 
 
Pengetahuan penting bagaimana & bila harus makan buah.
 
Cara yang tepat makan buah;

* JANGAN MAKAN BUAH-BUAHAN SELEPAS ANDA MAKAN..!!
* BUAH HARUS DIMAKAN PADA SAAT PERUT KOSONG.

BUAH ADALAH MAKANAN PALING PENTING!

BAHAYA! Buah yang bercampur dengan makanan lain akan membusuk & menghasilkan gas sehingga lambung akan kembung!

Menurut penelitian Dr Herbert Shelton; Jika anda telah menguasai cara yang benar makan buah2an, anda akan memiliki badan yang sihat, penuh tenaga,
tubuh dan fikiran menjadi tenang & berat badan adalah normal.

Makan buah yang segar dan bersih (bukan buah/Jus dalam bungkusan/botol Plastik) lebih baik daripada minum jus. Tetapi jika terpaksa minum jus, maka minumlah seteguk demi seteguk secara perlahan, kerana anda harus membiarkannya bercampur degan air liur anda sebelum menelannya.

MINUM AIR SEJUK @ AIS BATU SELEPAS MAKAN, ADALAH salah satu penyebab KANSER!!

Air sejuk akan membuat makanan yang berminyak menjadi (BEKU), maka akan jadilah lemak bertoksin (RACUN).

Cara Terbaik adalah:

Minum air PANAS ATAU SUAM selepas makan
Makan buah segar saat perut kosong (sebelum makan)

BANTU SHARE PADA KAWAN-KAWAN.

Thursday, August 22, 2013

MERAWAT BATU KARANG


MERAWAT BATU KARANG

   Batu karang seorang pesakit sebesar 11 cm yang dikeluarkan dari pundi kencing. 





Limau Nipis & Virgin Olive Oil boleh merawat penyakit Batu Karang.


Antara cara mudah untuk meredakan sakit yang berpunca daripada batu karang ialah dengan meminum air limau nipis sebaik-baiknya tanpa gula.


Perah sebiji limau nipis tua ke dalam secawan air mineral dan minum sukatan yang sama tiga kali sehari.


Untuk mengeluarkan batu karang, boleh digabungkan dengan minyak zaitun - Caranya ialah, ambil sesudu besar air perahan limau nipis dan sesudu besar minyak zaitun dengan empat cawan air.


Mereka yang mengamalkannya melaporkan biasanya batu karang akan keluar bersama air kencing beberapa jam selepas mengambil campuran bahan tersebut.


Sitrat dikatakan berupaya melarutkan batu karang dan minyak zaitun pula dipercayai berfungsi sebagai pelincir.



Sumber dari : Makanan sunnah online

 
Semoga bermanfaat untuk dicuba.

SUMBER KEMULIAAN KITA




Assalamu'alaikum... Salam Jumaat semua... Alhamdulillah, awal subuh tadi bumi disirami hujan rahmat yang sangat lebat di pagi Jumaat yang mulia. Suasana di rasa sungguh damai, hening dan syahdu. Banyakkanlah berdoa, berselawat dan berzikir lebih-lebih lagi pada hari Jumaat. Dan jika ada kesempatan sebelum bertolak ke tempat kerja, bacalah surah al-Kahfi. In syaa Allah, kita akan merasa lebih tenang dan lebih yakin setelah melakukannya.  
Bagi kaum Adam, saya mengucapkan selamat menunaikan solat Jumaat. Datanglah awal ke masjid menjadi tetamunya. Bagi mereka yang suka hadir dan memakmurkan masjid, mereka adalah teman para malaikat. Masjid adalah sumber kemuliaan umat Islam dan merupakan gedung rahmat yang disediakan Allah buat kita semua. Bukan hanya pada hari Jumaat sahaja ketika hendak menunaikan solat Jumaat, tetapi pada waktu-waktu lain juga, dengan hanya kita melangkahkan kaki kita menuju ke rumah-rumah Allah, segala limpahan rahmat, kemuliaan dan kebahagiaan sedang menanti kita. 
Di masjid Nabawi, sepanjang 24 jam sentiasa hidup dengan amalan-amalan, sentiasa ada hamba-hamba Allah yang memakmurkan masjid. Ada yang sibuk bersolat, ada yang sibuk membaca al-Quran, bertalaqqi dan bermuzakarah. Selepas subuh dan asar pula, mereka akan sibuk dengan amalan zikrullah. Walaupun masjid Nabawi telah gelap, tetapi cahaya amalan amalannya sentiasa bersinar menyinari suasana alam. Bukan hanya di bulan Ramadhan sahaja. 
Sabda Rasulullah SAW, "Berilah berita gembira kepada mereka yang berjalan ke masjid dalam kegelapan, bagi mereka cahaya yang sempurna pada hari kiamat nanti." [di Riwayatkan oleh Abu Daud]
Semoga perkongsian ini bermanfaat buat pembaca budiman.
Sumber: hasil pembacaan buku "Hebatnya Aura Masjid".
Wassalam.

BICARA TENTANG HATI





Hati itu adalah punca utama dalam setiap perlakuan manusia. Sudahkah kita mengenali hati kita sendiri? Adakah ia sihat, atau adakah ia sakit? Jika hati kita baik atau sihat, maka baiklah semua pancaindera hasil melakukan perbuatan yang baik.

Jika kita pasti hati kita bersih, bersyukurlah. Sebaliknya, jika hati sedang terasa sakit ataupun buruk, akuilah sebagai amanah, akuilah sebagai ujian, akuilah bahawa perasaan negatif yang timbul itu hanyalah ilusi. Semata-mata kita sendiri yang membuatnya jadi begitu.


Allah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (At-Tin: 4), dan meniupkan ruh-Nya yang mulia kepada nenek moyang kita Adam, sehingga bersujudlah seluruh alam semesta kepada Adam. Jika bersih hati kita, itulah fitrah. Jika kotor hati kita berarti ada dusta sedang berlangsung.


Kita sedang tidak menjadi diri sejati kita. Dan, harus ada ikhtiar yang perlu kita lakukan untuk mengembalikannya kepada fitrah. Dengan zikrullah, dengan berulang-ulang meyakinkan diri bahawa perasaan-perasaan kita-baik yang nyaman mahupun tidak nyaman, semuanya adalah amanah sekaligus ujian.


Maka, perlahan-lahan tapi pasti, kita sedang meninggikan ruh kita yang mulia di atas perasaan-perasaan kita. Dan, meninggikan kehendak Allah di atas keinginan-keinginan kita. Jika tidak, alih-alih menjadi ciptaan paling mulia, kita justeru jatuh kepada derajat binatang ternak. (Al Furqan: 43-44).


“Sungguh berbahagia orang yang menyucikannya (jiwa itu), dan sungguh rugi orang yang mengotorinya.” (As-Syams: 9-10)


Jika kita terus-menerus membaca hati kita dan membersihkannya, insya Allah kita akan sampai pada derajat jiwa yang muthmainnah dan kelak kembali menghadap Allah dalam keadaan puas dan diredhai-Nya.


“Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhai-Nya, maka masuklah ke dalam golongan hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam syurga-Ku.” (Al-Fajr: 27-30)


BACALAH TENTANG ALAM SEMESTA, BACALAH SEGALA YANG BAIK-BAIK. AGAR MULIA, JANGAN PERNAH LUPA SETIAP WAKTU, BACALAH DAN RAWATLAH HATI!

 
Begitulah, harusnya kita memberi perhatian terhadap HATI kita kerana di situlah tumpuan pandangan Allah. Allah tidak melihat pada rupa lahiriah, tetapi Allah melihat pada niat dan isi hati hamba-Nya.

Wassalam...