Pages

Monday, August 19, 2013

TUDUHAN MEMPERKOSA KANAK-KANAK


 ALLAHU AKBAR! Terkedu apabila membaca tajuk berita di atas dalam Harian Metro bertarikh 4 Julai 2013. "Seorang lelaki (melayu) berusia 43 tahun berasal dari Kandis, Bachok mengaku tidak bersalah selepas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Bharu bagi tuduhan merogol seorang kanak-kanak berusia 13 tahun. Beliau mohon dibicarakan selepas mengangguk tanda faham terhadap pertuduhan tersebut."




Bagaimana perasaan kita sebagai ibu atau ayah atau saudara kandung jika musibah itu berlaku dalam kalangan ahli keluarga kita? Na`uzubillahiminzalik... Semoga anak-anak kita sentiasa di dalam perlindungan Allah. Berdoalah selalu akan keselamatan anak-anak apabila kita berjauhan dari mereka. Mohon agar Allah pelihara dan melindungi anak-anak dari sebarang kejahatan dan niat buruk manusia berjiwa haiwan. Allah ya Hafiz yang maha memelihara, dan ya Muhaimin yang maha melindungi sahaya yang mampu melindungi manusia dari keengkaran dan kemurkaan Allah serta bahaya bencana. Sebutlah nama-Nya sambil berbicara, "Ya Allah ya Hafiz ya Muhaimin, yang maha memelihara lagi maha melindungi, pelihara dan lindungilah anak-anakku daripada sebarang kecelakaan dan kemarahan-Mu. Daku tidak berdaya dan tidak mampu, melainkan dengan pertolongan-Mu ya Allah."

Semoga kita sekeluarga sentiasa mendapat perlindungan dan kasih sayang Allah serta beroleh keberkatan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat.. Aamiin..

Wassalam.

No comments:

Post a Comment