Pages

Thursday, August 22, 2013

SUMBER KEMULIAAN KITA




Assalamu'alaikum... Salam Jumaat semua... Alhamdulillah, awal subuh tadi bumi disirami hujan rahmat yang sangat lebat di pagi Jumaat yang mulia. Suasana di rasa sungguh damai, hening dan syahdu. Banyakkanlah berdoa, berselawat dan berzikir lebih-lebih lagi pada hari Jumaat. Dan jika ada kesempatan sebelum bertolak ke tempat kerja, bacalah surah al-Kahfi. In syaa Allah, kita akan merasa lebih tenang dan lebih yakin setelah melakukannya.  
Bagi kaum Adam, saya mengucapkan selamat menunaikan solat Jumaat. Datanglah awal ke masjid menjadi tetamunya. Bagi mereka yang suka hadir dan memakmurkan masjid, mereka adalah teman para malaikat. Masjid adalah sumber kemuliaan umat Islam dan merupakan gedung rahmat yang disediakan Allah buat kita semua. Bukan hanya pada hari Jumaat sahaja ketika hendak menunaikan solat Jumaat, tetapi pada waktu-waktu lain juga, dengan hanya kita melangkahkan kaki kita menuju ke rumah-rumah Allah, segala limpahan rahmat, kemuliaan dan kebahagiaan sedang menanti kita. 
Di masjid Nabawi, sepanjang 24 jam sentiasa hidup dengan amalan-amalan, sentiasa ada hamba-hamba Allah yang memakmurkan masjid. Ada yang sibuk bersolat, ada yang sibuk membaca al-Quran, bertalaqqi dan bermuzakarah. Selepas subuh dan asar pula, mereka akan sibuk dengan amalan zikrullah. Walaupun masjid Nabawi telah gelap, tetapi cahaya amalan amalannya sentiasa bersinar menyinari suasana alam. Bukan hanya di bulan Ramadhan sahaja. 
Sabda Rasulullah SAW, "Berilah berita gembira kepada mereka yang berjalan ke masjid dalam kegelapan, bagi mereka cahaya yang sempurna pada hari kiamat nanti." [di Riwayatkan oleh Abu Daud]
Semoga perkongsian ini bermanfaat buat pembaca budiman.
Sumber: hasil pembacaan buku "Hebatnya Aura Masjid".
Wassalam.

No comments:

Post a Comment