Pages

Thursday, August 22, 2013

TRAGEDI NGERI DI GENTING HIGHLANDS

TRAGEDI NGERI DI GENTING - BAS TERHUMBAN KE DALAM GAUNG




Orang ramai petang semalam rasa amat terkejut dengan tragedi ngeri nahas bas yang telah mengorbankan 37 nyawa manakala 16 penumpang lagi cedera parah selepas terhumban ke dalam gaung sedalam 70 meter, di Kilometer 3.6 Jalan Genting-Karak.

Kesedihan dan kesayuan menyelubungi bilik mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini hari ini, ketika waris mangsa yang terkorban dalam kemalangan bas ngeri di Genting Highlands berkumpul untuk mengenal pasti dan membawa pulang mayat mangsa.

[Sumber dari Berita Harian, 22hb Ogos 2013]

Kita semua turut merasa sedih atas kejadian ini, antara nahas terburuk berlaku di Malaysia. Takziah diucapkan kepada semua keluarga mangsa dan bagi mangsa yang beragama Islam, semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman. Aamiin.. Begitulah.. ketentuan Allah.. Apabila Dia berkata jadilah, maka jadilah ia. Semuanya kepunyaan Dia yang Maha Kuasa.

No comments:

Post a Comment