Pages

Wednesday, August 21, 2013

PENANTIAN DI GARIS PENAMAT

Langkahan terakhir terasa semakin hampir
Pasti akan sampai jua ke penghujungnya
Setiap detik ku mengharapkan sinar cahaya
Menerangi di saat-saat akhir kehidupan
Dipenuhi dengan limpahan kasih Ilahi

Entah kan esok, entah kan lusa, entah bila
Hembusan nafas terakhir itu akan berlaku jua
Tidak tentu di mana, tidak pasti kerana apa
Apa pun sebabnya, itu cuma ASBAB sahaja
Semoga hembusan terakhir itu bersama cahaya
Limpahan maghrifahNya yang tidak terhingga

Biarlah pergi ku nanti dalam senyum yang indah
Sejahtera di alam barzakh dengan rahmatNya
Menanti kiriman doa, zikrullah dan qalamullah
Dari cahaya mata, kekasih hati, permata jiwa

Kepada semua yang ku cinta
Tiada lagi doa dari ku buat kalian semua
Terputus sudah hubungan antara kita
Hanya amal dan jariah sahaja bekalan dibawa
Kenanglah diriku dalam setiap doa
Semua yang bernyawa pasti akan merasa
Sampai masa kita kan pergi jua

Nukilan : Kak S
22.08.2013




No comments:

Post a Comment