NO
SMOKING! Katakan "Tidak Merokok Kerana Allah". Ketika inilah (12hb Julai 2013), di bulan
Ramadhan yang mulia ini, jika ada kesedaran bagi anda Perokok yang
ingin meninggalkan tabiat merokok, boleh saja.. in syaa Allah. Mohonlah
diberi kekuatan agar dapat meninggalkan perbuatan yang tidak memberi
faedah dan sia-sia itu. Bukan sahaja ianya boleh memberi kesan buruk
kepada kesihatan, malah majoriti para Ulama Islam telah memutuskan fatwa bahawa "Hukum Merokok Adalah Haram". Ma`afkan saya ye, jangan marah.. ini adalah sebagai renungan dan peringatan demi kebaikan.
Mengikut kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pula, 90% daripada kes kanser paru-paru adalah akibat merokok. Asap rokok mengandungi pelbagai bahan kimia dan sebahagian besarnya penyebab barah paru-paru. Ia bukan sahaja menyerang si-penghisap rokok itu sendiri, malah termasuk juga orang lain yang berada di sekitarnya. Ketagihan tersebut juga boleh merosakkan otak dan boleh mengakibatkan pelbagai penyakit kronik yang lain.
Di zaman Nabi, rokok memang sesuatu yang tidak ditemui, akan tetapi agama Islam telah menurunkan nash-nash yang universal, semua hal yang membahayakan diri, mencelakakan orang lain dan menghambur-hamburkan harta adalah hal yang haram.
Berikut ini dalil-dalil yang menunjukkan keharaman merokok;
1.Firman Allah: “yang menyebut agar menyuruh berbuat yang makruf dan mencegah dari yang mungkar, dan menghalalkan segala yang baik bagi mereka dan mengharamkan segala yang buruk bagi mereka.” (QS. Al A’raf: 157)
Bukankah rokok termasuk hal yang buruk, berbahaya dan berbau tidak enak? Buat yang makruf, dan cegah yang mungkar.
2.Firman Allah: “Janganlah kalian campakkan diri kalian dalam kebinasaan”. (QS. Al Baqarah: 195)
Padahal rokok akan menyebabkan orang terkena berbagai penyakit berbahaya seperti kanser paru-paru dan TBC.
3.Firman Allah: “Dan janganlah kalian melakukan perbuatan bunuh diri” (QS. An Nisa: 29)
Padahal merokok merupakan usaha untuk membunuh diri secara pelan-pelan.
4.Ketika menjelaskan tentang khamr dan judi, Allah berfirman: “Dan dosa keduanya (khamr dan judi) lebih besar daripada manfaat dua hal tersebut.” (QS. Al Baqarah: 219)
Demikian pula dengan rokok, bahaya yang ditimbulkannya lebih besar daripada manfaatnya, bahkan rokok sedikitpun tidak mendatangkan kebaikan.
5. Sabda Nabi shollallaahu ‘alaihi wa sallam: “Barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka janganlah ia mengganggu tetangganya.” (HR. Bukhari)
Bau asap rokok yang tidak menyenangkan, melekat pada pakaian dan rambut perokok dan hal ini sangat mengganggu isteri, anak-anak dan jiran tetangga, terutama malaikat dan orang-orang yang solat di masjid.
Telah jelas kepada kita bahwa merokok merupakan perbuatan yang tidak memberi faedah dan juga satu bentuk pembaziran.
Sama-samalah direnungkan dan bertindak untuk berubah demi kebaikan diri sendiri dan juga keluarga.
Semoga perkongsian ilmu yang sedikit ini dapat memberi manfaat kepada semua terutamanya kepada yang ingin berubah. Sampaikanlah kepada mereka yang anda sayangi.

Catitan: Aktikel ini dari facebook Primadona Series 12/7/2013.

No comments:
Post a Comment